Monday, September 28, 2020

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG TERDAPAT DALAM DRAMA DAN FILEM DI MALAYSIA.

 

DUA 6022

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

 

PENSYARAH : PUAN RAZANA BINTI MOHD KASIM

 

NAMA

NO PENDAFTARAN

NOR NAZURAH NAJWA BINTI MOHD ROSHDI

02DMH18F1015

NUR FATINI BINTI ROSHADI

02DMH18F1016

SYAHIDATUL ATIQAH BINTI ZAILANI

02DMH18F1017

NOR AMIRAH SAHIRAH BINTI HAMDIN

02DMH18F1018

WAN NUR SYAIMAA BINTI WAN MAT ZAIN

02DMH18F1027

FAZDIANA BINTI MOHD NASRI

02DMH18F1044


PENDAHULUAN :..................................................................................................... 1

Syirik :..................................................................................................................... 1

Khurafat :................................................................................................................ 4

OBJEKTIF :................................................................................................................. 5

Kesan kepada Individu, Masyarakat, dan Negara :................................................. 6

Cara Mengatasi :.......................................................................................................... 9

Individu................................................................................................................... 9

Masyarakat.............................................................................................................. 9

Kerajaan................................................................................................................. 9

KESIMPULAN :........................................................................................................ 10

RUJUKAN................................................................................................................. 11

PENGENALAN :

Dalam industri perfileman dan drama pada masa kini telah wujudnya pelbagai cara untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat kepada masyarakat. Pada era globalisasi ini, filem-filem dan drama sangat memberi pengaruh besar kepada golongan remaja. Penghasilan filem dan drama yang mempunyai nilai-nlai yang positif amatlah penting bagi mengelakkan generasi kini terpengaruh dalam perbuatan yang tidak baik. Pada tahun 2011, filem “Khurafat” telah ditayangkan di pawagam yang diarahkan oleh Syamsul Yusoff mengisahkan tentang perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan akidah Islam. Penceritaan seperti ini memberi tanda tanya sama ada ia bertujuan untuk memberi manfaat atau sebaliknya. Adakah kandungan seperti khurafat dan syirik akan memberi impak yang positif kepada masyarakat? Sebelum diteruskan, mari fahamkan apakah itu maksud syirik dan khurafat?.

Syirik :

Perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan.

 


Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

  1. Syirik istiqlal : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
  1. Syirik tab’id : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
  1.  Syirik taqrib : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  1.  Syirik taqlid : Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain.
  1. Syirik asbab : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
  1. Syirik aghrad : Beramal kerana selain daripada Allah SWT

Contoh-contoh filem dan drama berkaitan KHURAFAT DAN SYIRIK


KHURAFAT

Mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

 

AKHIRAT


Filem Akhirat merupakan penceritaan tentang perkara hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci iaitu Mira disebabkan oleh nafsu serakah manusia yang merosakkan hidupnya. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang tidak diingini. Oleh kerana itu, Mira bertekad untuk menghantar sesuatu kepada lelaki yang telah merosakkan hidupnya. Jelas menunjukkan bahawa unsur – unsur khurafat terlibat di dalam filem ini.


SUSUK


Di samping itu, filem Susuk ini juga telah menonjolkan unsur – unsur syirik apabila setelah Cindai mendapati suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain, Cinda yang sedang mengandung mengambil jalan keluar dengan bersusuk. Oleh itu, dia berjumpa dengan Dukun Degawan untuk menerima tujuh jenis susuk ke dalam badannya agar menjadi lebih cantik danmenawan. Bagaimanapun, Dukun Degawan menetapkan dua syarat kepada Cinda, iaitu Cinda tidak boleh bersembahyang sepanjang bersusuk, dan mesti menyerahkan anaknya kepada Dukun sebaik sahaja melahirkannya untuk kelihatan cantik dan menawan. Filem tersebut telah memaparkan unsur syirik kerana mempercayai kepercayaan karut tersebut.



IA WUJUD

Unsur amalan khurafat yang dipaparkan di dalam filem ini berkisarkan tentang amalan – amalan yang mengakibatkan akhlak seseorang itu terpesong kerana didalam filem ini memaparkan unsur pemujaan permainan makhluk halus. Makhluk halus dijemput melalui permainan salah satunya yang dipanggil “spirit coin”. Mereka mempunyai 5 sahabat yang terlalu berani untuk bermain permainan tersebut di tapak taman tema air yang telah lama ditinggalkan daripada tahun 1994. Dan pada akhirnya mereka terperangkap di dalam permainan mereka sendiri dan menyebabkan dua orang daripada sahabatnya telah dirasuk dan hilang di dalam tapak tersebut selama 40 hari.


Syirik mempunyai pelbagai jenis tetapi  tidak semuanya mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan ada yang tidak. Walaupun kesemuanya dikira dosa besar, tahapnya tidak semuanya sama.

Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:

Bagi no. 1 – 4, seseorang itu dikira kufur secara ijmak. Bagi no. 6, ianya dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak. Adapun bagi no. 5, ia memerlukan perincian. Jika ianya disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur secara ijmak. Jika dia meyakini bahawa ianya memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bid’ah.

Perbuatan syirik adalah satu perbuatan yang berdosa besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

Firman Allah SWT:


Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Contoh- contoh amalan SYIRIK :

a.       Bersumpah dengan nama selain Allah.

b.      Memakai tangkal azimat untuk kekebalan diri.

c.       Memakai mantera untuk keuntungan diri.

d.      Mempercayai sebarang ramalan cuaca mahupun masa depan.

e.       Bernazar selain kepada Allah.

f.       Percaya kepada bomoh dan dukun yang mendatangkan keuntungan.

Khurafat :

Khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta dianggap mempunyai hubungan dengan islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat. Amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang.

Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.

Bentuk-bentuk Khurafat :

a)      Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.

b)      Kepercayaan kepada nasib sial majal, seperti adat membuang sial.

c)      Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat ‘memuja kampung’.

d)     Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi.

e)      Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

f)       Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur.


g)       


OBJEKTIF :

a)        Kerajaan perlu membuat penguatkuasaan dalam menapis setiap filem dan drama yang melibatkan isu keagamaan dan budaya masyarakat sebelum meluluskan sesebuah filem dan drama diterbitkan. 

b)        Untuk bagi menerangkan punca berlakunya gejala syirik dan khurafat di zaman ini melalui filem-filem.

c)        Menghuraikan kepentingan untuk membendung gejala syirik yang sedang berlaku.

d)       Untuk menjelaskan lagi kesan syirik ke atas masyarakat, individu, keluarga dan industri perfileman malaysia serta di kaca tv.

e)        Memberi pendapat tentang cara untuk mengatasi serta mengurangkan masalah syirik yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada zaman yang berteknologi ini.

 

Kesan kepada Individu, Masyarakat, dan Negara :

 

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis hiburan yang dihidangkan sama ada melalui televisyen mahupun media sosial seperti “YouTube”. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar hal duniawi. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang itu tidak boleh terlalu leka dan asyik menonton hiburan sehingga mengabaikan kewajiban sebagai seorang insan. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakannya merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahu pun seram. Hal ini merupakan suatu fenomena yang positif bagi penggiat seni perfileman terutamanya yang menghasilkan filem berbentuk seram. Justeru filem berunsur seram kini mendapat perhatian ramai penonton. Namun, disamping dalam mengejar keuntungan dalam perfileman, pihak penggiat seni perfileman juga perlu menitikberatkan hal-hal agama kerana isu agama adalah hal yang sangat sensitif untuk disentuh. Filem adalah wadah yang menggambarkan kehidupan dan segala permasalahan yang berkaitan dengannya. Filem juga merupakan jendela dan cermin kehidupan. Filem membentuk dunianya yang tersendiri di antara realiti dan ilusi, antara kebenaran dan imaginasi.

 

Pertama kalinya, sesuatu ajaran atau ikutan akan terkesan kepada seseorang individu. Bagi sesetengah orang, dengan menonton filem atau drama mereka dapat memperoleh ilmu dan pengetahuan yang baru, namun, mereka tidak tahu bahwa ajaran yang dipertontonkan tersebut adalah benar ataupun tidak. Oleh itu, ramai yang terikut dan membenarkan apa saja yang mereka lihat. Hal ini boleh menyebabkan perubahan terhadap diri penonton samada daripada sudut tingkah laku, emosi, dan pemikiran. Ianya kerana dikatakan berpunca daripada serangan secara audio visual yang halus dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran kognitif penonton dalam jangka masa panjang.

 

Terutama sekali kanak-kanak adalah individu yang paling senang terikut dengan apa saja yang mereka lihat kerana bagi mereka jika orang dewasa melakukan hal tersebut maka ianya adalah benar dan dibolehkan. Ada juga segelintir ibu bapa yang mengugut anak-anak mereka dengan ugutan hantu. Hal ini, menyebabkan kanak-kanak tersebut akan lebih takut kepada hantu berbanding takut kepada Allah SWT. Menurut pendakwah bebas Ustaz Daud Che Ngah berkata, “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam’’. Oleh itu, ibu bapa mahupun orang dewasa perlu memantau kanak-kanak agar tidak menonton filem atau drama yang boleh merosakkan akidah dan pemikiran mereka yang masih suci dari sebarang pemikiran yang salah.

 

Begitu juga bagi mereka yang baru mempelajari Islam, hal ini menyebabkan kekeliruan bagi mereka. Ajaran khurafat yang ditonton akan membelah bahagikan hati mereka untuk mengikuti ajaran tersebut kerana kebiasaannya, ajaran khurafat yang terdapat dapat filem mahupun drama adalah ajaran yang mengambil jalan singkat dalam beribadah dan menggunakan kata-kata dan ayat yang boleh menguasai fikiran individu yang menonton. Maka, sudah tentu individu tersebut akan memilih ajaran yang paling senang untuk diamalkan. Tidak hairanlah jika ramai individu yang keluar dari ajaran Islam kerana amalan yang dipertontonkan dalam filem dan drama telah mempengaruhi mereka.

 

Selain itu, kesan terhadap masyarakat setempat. Apabila ajaran khurafat yang disampaikan dalam filem dan drama mulai diminati oleh masyarakat dunia, maka ianya mudah menjadi ikutan, ini boleh menyebabkan wujudnya satu ajaran dan fahaman baru yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Jika hal ini benar-benar terjadi, individu yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan ajaran yang direka-reka untuk menarik masyarakat agar menjadi pengikut mereka. Lebih-lebih lagi apabila ketua kepada ajaran khurafat itu adalah orang yang berpengaruh dalam masyarakat tersebut, lagi senang untuk mereka menggunakan kuasa mereka untuk menarik pengikut baru. Ada kemungkinan juga surau dan masjid tidak lagi digunakan oleh masyarakat untuk melakukan ibadah.

 

Akhir sekali, kesan kepada negara atau kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mana penganutnya berbilang bangsa. Oleh itu, apabila timbulnya isu perfileman dan drama yang berunsur khurafat yang boleh mempengaruhi masyarakat, kerajaan perlu mengambil langkah inisiatif untuk membetulkan atau mengawal fahaman ini dari terus meluas. Hal ini, menyebabkan tekanan besar terhadap kerajaan kerana isu fahaman amat sulit dan sukar untuk ditangani. Ini kerana isu berkaitan fahaman adalah bermula dari dasar hati individu atas penerimaan fahaman tersebut.

 

Cara Mengatasi :

Individu

Sebagai individu yang beragama Islam, kita juga berhak untuk menonton rancangan hiburan yang digemari selagi mana ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.

 

Masyarakat

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.

Kita mestilah menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif daripada menular dalam jiwa para masyarakat yang menontonnya.

 

Kerajaan

Pihak kerajaan perlu menapis filem dan drama yang akan diterbitkan agar tiada unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam walaupun filem yang akan ditayangkan adalah filem berunsurkan fahaman khurafat agar tidak mempengaruhi jiwa penonton. Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat. Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.

       Di samping itu, para penerbit dan pengarah filem juga perlulah sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa dalam penghasilan filem. Antara garis panduan yang telah diwujudkan dan perlu dipatuhi ialah “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” pada tahun 1996 dan “Garis Panduan – Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang telah diwujudkan pada 21 November 2005, kedua-dua garis panduan ini telah yang diterbitkan oleh JAKIM dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dan khurafat dalam media elektronik. Filem yang dihasilkan juga perlulah sesuai mengikut peringkat umur dan peringkat kesihatan masyarakat untuk ditayangkan. Penerbit perlu menekankan larangan kepada para penonton tentang syarat-syarat tontonan filem seperti larangan bagi para ibu yang mengandung dan anak-anak kecil untuk tontonan filem seram. Perkara ini harus ditegaskan kerana setiap tontonan filem itu memberi impak dan kesan yang mendalam terhadap para penonton.

Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni mewujudkan unit kaunseling dan pusat pembentukkan akidah   terutamanya dikalangan remaja Islam. Mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam. Menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.

KESIMPULAN :

Sebagai seorang Muslim yang hidup pada zaman yang serba canggih dan berteknologi moden, kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan untuk menonton filem dan drama-drama yang ditayangkan sama ada dikaca televisyen mahupun dipanggung. Ini kerana, pemikiran dan penerimaan setiap individu adalah berbeza-beza berdasarkan tahap pengetahuan dan logik akal seseorang itu. Amalan dan perbuatan berkaitan syirik dan khurafat adalah isu yang sangat sensitif. Isu ini dikatakan sangat sensitif kerana ianya berkait rapat dengan akidah dan iman seseorang. Jika akidah dan iman seseorang itu lemah, ada kemungkinan besar individu tersebut boleh terjerumus dan terikut akan aksi dan perbuatan dari filem yang ditonton. Maka tidak mustahil jika semakin ramai Muslim dinegara kita yang keluar dari agama Islam.

 

Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam bidang perfileman perlulah berhati-hati dalam mengarang dan mencipta skrip agar tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Jika filem yang diterbitkan adalah berkaitan perbuatan yang menyekutukan Allah, maka penulis skrip perlulah memastikan skrip tidak melampaui batas akidah yang sebenar. Contoh, filem berkaitan meminta pertolongan selain daripada Allah SWT iaitu sama ada jin dan syaitan perlulah berhati-hati agar tidak menjadi amalan yang sebenarnya.

 

Sebagai seorang artis ataupun pelakon yang membawa watak dalam filem dan drama-drama berkaitan perbuatan syirik dan khurafat perlulah menjaga akidah dan iman dengan teguh agar tidak terbawa-bawa dengan watak yang dimainkan. Selain penonton, pelakon itu sendiri lebih terdedah kepada melakukan perbuatan syirik dan khurafat kerana mereka perlu menghayati watak yang dilakonkan dengan baik supaya dapat mendalami watak dengan sempurna. Jangan hanya semata untuk mengejar keuntungan dan nama, pelakon lepas tangan akan kesalahan yang menyebabkan keruntuhan akidah dan iman.

 

“Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia (surah Maryam, ayat 35).

 LAMPIRAN 


Kepercayaan karut.


Pemakaian susuk yang menjadi satu "trend" pada satu ketika dahulu.


Gambar rajah menunjukkan filem "KHURAFAT"



Berkaitan adalah filem "SYIRIK"



Gambar rajah filem "DUKUN"


Gambar rajah berkaitan perkara yang menyekutukan Allah filem "MUNAFIK"


RUJUKAN

RUJUKAN BUKU
- KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
BAB 3

No comments:

Post a Comment