Saturday, January 26, 2019


 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah


Jabatan Teknologi Makanan



DUA 2012 

SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 



Peranan Al-Quran Dalam Mengatasi Kebejatan Sosial

Nama Ahli Kumpulan :
Nur Hidayah Binti Jafrul Fazli (02DMH18F1013)
Nor Nazurah Najwa Binti Mohd Roshdi (02DMH18F1015)
Nur Fatini Binti Roshadi (02DMH18F1016)
Syahidatul Atiqah Binti Zailani (02DMH18F1017)
Nor Amirah Sahirah Binti Hamdin (02DMH18F1018)

Wan Nur Syaimaa Binti Wan Mat Zain (02DMH18F1027)




Isi kandungan


No.
Isi kandungan
Muka surat
1.
Penghargaan

1
2.
Pendahuluan
2-6
3.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi masalah pergaulan bebas Dalam Kalangan Remaja Pada Masa Kini
7-9
4.
Langkah-langkah yag boleh diambil bagi mengatasi masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja pada masa kini
10-11
5.
Peranan Al-Quran Dalam Mengatasi Kebejatan Sosial
12-15
6.
Penutup
16
7.
Rujukan
17
8.
Lampiran








 Penghargaan

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Fadhili Bin Muhamad , Pensyarah Matapelajaran Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA2012) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini.Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina . Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.Begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"




  PENDAHULUAN

Apa punca kebejatan sosial yang berlaku d Malaysia hari ini? Salah laku etika, adab dan akhlak bukan hanya di kalangan rakyat, malah pemimpin. Bukan hanya di kalangan masyarakat bandar, malah masyarakat kampung. Bukan sahaja di kalangan golongan bawahan serta kurang pendidikan, malah golongan pertengahan, atasan serta golongan cerdik pandai. Persoalan in terus bermain di kotak fikiran , masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak atau yang melibatkan adik beradik masih lagi hangat diperbincangkan. Beberapa perkara penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang kurang dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh sebahagian ibu bapa. Hal ini akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan sehingga berkembang biak, yang dibimbangi jika tidak ditangani akan menjadi dahan pohon yang sukar untuk dicantas lagi.
Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Perkara yang buruk hendaklah dihindarkan agar ianya tidak member kesan buruk kepada kita. Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa jua ruang yang boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan.Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku hari ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya ibu bapa mengambil berat dan memahami beberapa adab dan syariat yang telah disusun oleh Islam, yang melindungi aurat dan maruah anak-anak juga ibu bapa itu sendiri.

Nabi SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) kedua- dua ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majus . Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunah Rasulullah SAW sendiri . Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah SWT.

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa iaitu :

Sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak. Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain . Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin .

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
 (An-Nur: 58-59)  

Keimanan pula dengan makna yang mudah dan umum ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Imam kebiasaannya menuntut untuk orang yang beriman menujukkan atau mempersembahkan suatu pembuktian tanda iman yang berada didalam diri seseorang. Ini sangat berkait rapat denganjatidiri seorang muslim. Maka, istilah 'kepercayaan' di dalam Rukun Negara yang pertama merupakan serendah-rendah darjat dalam memperakui elemen Ke'tuhan'an tersebut. Maka apabila ditafsirkan Rukun Iman dengan menggunakan istilah 'percaya' apada saya ia kurang tepat.

Adanya Tuhan

Prinsip asas ini seolah mensyaratkan bahawa semua warganegara Malaysia perlu beragama dan tiada tempat bagi mereka sekiranya tidak beragama dan tidak mempercayai wujudnya Tuhan (athies). Mereka perlu ada satu panduan beragama dalam menjalani kehidupan seharian. Antara agama utama di Malaysia ialah Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan politisme/animisme . Apabila adanya pemikiran memperakui adanya Tuhan, maka mereka secara tidak langsung memperakui adanya kuasa lain yang Maha Hebat yang menguasai alam serta memberikan suatu panduan kehidupan. Perkara yang paling asas ialah kepercayaan mereka akan adanya asas etika kehidupan yang perlu mereka lakukan agar mendapat kebahagiaan hidup serta terhidar daripada malapetaka dan kemarahan Tuhan . Bagaimana pemikiran setiap penganut agama dalam bagaimana mereka memberi interpretasi terhadap simbol, bilangan, kuasa dan penjelmaan tuhan bukanlah merupakan suatu isu utama. Ini kerana dalam Islam, setiap manusia mempunyai hak dalam beragama (tanpa disertai di sini perbahasan yang mendalam mengenainya). Ini jelas apa yang diterangkan di dalam surah al-Kafirun dan beberapa ayat lain di dalam Al-Quran.

Prinsip Kebaikan
Apabila adanya konsep pemikiran bahawa tuhan itu ada dan wujud, serta ada ajaran yang diberikan oleh tuhan, maka asas semua agama ini adalah menuju kebaikan. Tanpa mempersoal dan diperbincang secara terperinci setiap ajaran agama, semua agama mengarah kepada kehidupan yang bahagia, mengelak kerosakan dan menjauhi perkara yang buruk . Walaupun di dalam agama Islam terdapatnya hujjah atau penjelasan kukuh yang pelbagai dalam menafikan hakikat kebaikan yang dibawa oleh ajaran agama lain, namun dalam menyeimbangkan antara menjalankan seruan terhadap pengabdian hanya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, dengan kebebasan dalam beragama bagi mana-mana manusia, perlu diambil kira. Akhirnya kebaikan itulah sebenarnya fitrah bagi kemanusiaan. Hanyasanya pemikiran dalam memaksudkan tuhan itu berbeza.

Firman Allah SWT (Al-Mulk 67:10):


Firman Allah SWT (Al-‘Araf 7:179):


Imam al-Ghazali (2012) menyatakan akhlak yang paling utama ialah kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu, jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah, keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan mempertahankan kebenaran, tidak berundur apabila dicela dan tidak meninggi diri apabila dipuji. Dalam pembangunan dan pembentukan akhlak pula, Imam al-Ghazali meletakkan lima faktor yang boleh mempengaruhi akhlak seseorang iaitu, pembersihan jiwa, melawan hawa nafsu, melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk dan pengawasan diri terhadap Allah .

 Zarina dan Basirah (2012) mengulas bahawa isi kandungan alQuran juga merupakan suatu cara untuk seseorang memulihkan diri daripada sifat keji dan menggantikannya dengan sifat yang terpuji. Terdapat beberapa metode pemulihan yang digariskan oleh al-Quran antaranya yang ialah metode pencegahan dan pengawalan, pengubatan dan rawatan serta bimbingan dan pembinaan. Arifin Mamat (2008) menkategorikan manusia menurut al-Quran kepada muslimun, mu’minun, muttaqun, muhsinun, salihun, sabirun, taibun dan mukhlisun. Berdasarkan ketegori ini al-Quran mempunyai pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan menjadikan hidup manusia berjaya di dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan oleh alQuran ialah pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan, pemikiran dan ibadah (Arifin Mamat, 2008). Melalui pendekatan fitrah dan keperluan, manusia percaya kepada kewujudan Tuhan dan berkehendakkan kepada bantuan kuasa tertentu terutamanya ketika dalam kesusahan.

Firman Allah SWT (Al-Fatihah 1: 5)
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Serta firmanNya lagi (Al-Isra'17:67)
Maksudnya:
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah) . Kedua-dua ayat yang mulia ini menjelaskan keperluan manusia untuk mempunyai Tuhan dan meminta pertolongan dalam kesempitan hidup (Ibn Kathir 2008). Apabila fitrah manusia dipenuhi maka pembentukan jiwa manusia menjadi lebih mudah kerana setiap manusia dilahirkan atas fitrah.
Manakala pendekatan ilmu dan pendidikan adalah asas utama yang ditekankan dalam penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW bertujuan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kejahilan.

Firman Allah SWT (Al-‘Alaq 96:1-5):
Maksudnya:
Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Melalui ilmu manusia akan dapat membezakan yang hak dan yang batil seterusnya menggunakan daya intelek dan kebijaksanaan untuk meneroka pelbagai ilmu yang bermanfaat (Arifin Mamat, 2008). Ilmu dan pendidikan juga mampu menjadikan manusia lebih bertaqwa dan meningkatkan darjat mereka. 

Firman Allah SWT (Al-Mujadilah 58:11):

Maksudnya:
  Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.

Menurut Ibn Kathir (2008) manusia tidak mengambil manfaat daripada pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sebagai mekanisme mendapatkan hidayahnya. Samalah seperti haiwan yang hanya menggunakan anggota tubuh sebagai memenuhi keperluan hidup. Justeru al-Quran menyuruh manusia supaya berfikir dan menggunakan kurniaan Allah SWT agar mereka dapat menghindarkan diri daripada kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri mereka sendiri. Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah ibadah.

Imam al-Ghazali (2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya jalan menuju Allah SWT. Dalam melaksanakannya, manusia akan berhadapan dengan pelbagai penghalang yang menjadikan ia satu perjalanan yang panjang lagi merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah untuk melatih diri manusia berakhlak dengan akhlak mulia serta latihan untuk menenangkan jiwa. Ia perlu dibiasakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku dan jiwa seseorang. Ini adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan haji ke atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan yang ditetapkan, maka seorang Mukmin terdidik untuk mentaati Allah SWT, mematuhi perintah-Nya, bersabar dalam kehidupan, bermujahadah menentang nafsu, berkasih sayang sesama manusia serta saling bekerjasama. Firman-firman Allah SWT ini menunjukkan kepentingan ibadah dalam membina jati diri yang kukuh.

Maksudnya:

 Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An’am 6:162)
 Kesimpulannya ibadah mampu membentuk personaliti insan yang baik dan akhlak terpuji yang bermatlamat untuk membangun masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan. Jelaslah bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik penyelesaian kepada masalah manusia kerana ia mengemukakan solusi yang komprehensif.




   Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Remaja Sekolah pada masa kini.

·         Diri Remaja Sendiri


Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara baru dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi. Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak remaja terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak lain yang masih kecil. Oleh itu remaja yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu lain bagi mengisi kekosongan tersebut.
Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga adalah faktor penting yang mendorong remaja untuk terlibat dalam pergaulan bebas. Kecenderungan untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa sempadan jantina dan usia akan menyebabkan remaja terus hanyut dengan cara hidup yang terbuka dan enggan menerima agama sebagai panduan hidup.


·         Pengaruh Media Sosial

Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas.

  • Keluarga
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja. Remaja yang sering menerima tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga sering memilih untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu memberikan kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan remaja merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan keluarga.
Kaedah penjagaan anak-anak yang terlalu mudah menghukum atau pilih kasih akan menyebabkan remaja memberontak serta memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga. Berbeza dengan ibubapa yang cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk menjadi rakan kepada anak mereka sendiri, akan mendapat kepercayaan daripada anak-anak untuk menjadi tempat perluahan masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak untuk bergaul rapat dengan orang lain yang tidak dikenali.
Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih selesa untuk berada di luar rumah.
Kekurangan masa yang diperuntukkan oleh ibubapa terhadap anak-anak remaja juga menyebabkan mereka memilih untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario kehidupan hari ini yang memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan lebih dari satu pekerjaan serta pekerjaan jarak jauh mengurangkan lagi masa berkualiti yang mampu diluangkan oleh ibubapa bersama dengan anak-anak.



·         Sekolah
Waktu persekolahan memberikan impak besar dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari sekurang-kurangnya 6 jam akan diperuntukkan oleh remaja di sekolah. Kaedah pengajaran, kawalan disiplin serta persekitaran di sekolah amat menyumbang kepada pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari perlakuan negatif seperti ponteng sekolah dan pergaulan bebas. Namun begitu dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta jati diri remaja sendiri diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik dan yang buruk terutamanya kerana pelajaran adalah jaminan untuk masa depan.
Selain itu pihak sekolah yang gagal memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah dalam pelajaran serta kelakuan menyebabkan golongan remaja ini terpinggir dan tiada bimbingan. Hubungan rapat di antara pihak sekolah dan ibubapa seharusnya menjadi kekuatan untuk menangani pelajar yang bermasalah agar pelajar mencari penyelesaian di dalam dua sistem sokongan ini sahaja dan bukannya mencari individu lain sebagai jalan keluar.

·         Rakan Sebaya
Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak        semuanya berkeadaan begitu.
Sebagai anak remaja yang kebanyakannya gemar berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam kumpulan. Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Oleh yang demikian walaupun adakalanya mereka telah mengetahui keburukan perlakuan tersebut namun remaja masih melakukannya kerana ingin mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan.

Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Mengatasi Masalah Pergaulan Bebas Di Kalangan Remaja Sekolah.
·         Hubungan Berkualiti Di Antara Remaja, Keluarga Dan Guru
Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan guru-guru. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.

·         Memilih Rakan
Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.
Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

·         Elakkan Berpasangan
Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara tidak langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu difahami oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran bagi memastikan peluang yang lebih baik di masa hadapan.
Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga hubungan tersebut sampai ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan seks luar nikah serta mengandung.  

·         Penyediaan Jadual Waktu
Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada kejayaan. Tidak kira samada individu tersebut masih di peringkat bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa pembahagian masa sangat membantu kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan emosi. Remaja yang dapat mengatur masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara yang penting dan mengenepikan perkara-perkara yang kurang penting.
Pengaturan masa secara bertulis dapat memastikan remaja mengenalpasti adakah aktiviti yang dijalankan setiap hari berfaedah atau tidak serta jangkamasa yang diambil untuk setiap aktiviti tersebut. Secara tidak langsung remaja akan mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan tidak kira samada di hari persekolahan atau hari cuti, dan akhirnya mengeluarkan aktiviti yang tidak berfaedah daripada jadual waktu tersebut.

·         Kawalan Terhadap Media Sosial
Aspek ini memerlukan kerjasama yang padu di antara remaja sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian, kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses oleh remaja amat perlu. Sebagai ibubapa dan guru, peranan sebagai individu yang terdekat dengan remaja perlu digunakan sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk menjauhi portal-portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi.

Peranan Al-Quran Dalam Mengatasi Kebejatan Sosial

Segala langkah-langkah diatas berkait rapat dengan pengamalan dalam kehidupan seharian . Hal ini , telah dinyatakan dalam Al-Quran tentang pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan umat islam .
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, statistik yang ditunjukkan mengingatkan kita akan fenomena zina dan kebejatan sosial yang pernah dilalui di zaman jahiliah.
Bagaimanapun, Ahmad Sanusi berkata keadaan itu berjaya diubah oleh Rasulullah SAW setelah datangnya Islam dengan menekankan aspek memelihara kesucian diri seperti yang ditekankan al-Quran dan hadis.

“Dalam membendung isu ini, al-Quran menekankan setiap individu harus mengawal diri dan nafsu dengan menundukkan pandangan dan berpakaian menutup aurat selain hadis menggalakkan seseorang mengawal nafsu dengan berpuasa serta memilih kawan yang baik. “Kita semua maklum bahawa dalam tempoh inilah golongan remaja mempunyai keinginan yang tinggi. Oleh itu, penceritaan kisah-kisah sahabat yang baik barangkali dapat membantu membina kerangka pemikiran remaja yang boleh mengawal nafsu mereka,” ujarnya Ahmad Sanusi berpandangan bahawa ibu bapa perlu lebih terbuka daripada melarang anak-anak untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda bagi mengelakkan masalah sosial.

Sesungguhnya Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan panduan kepada umat manusia dalam semua aspek kehidupan samada yang berkaitan dengan akidah, ibadah, muamalah mahupun akhlak dan adab sesama manusia. Hanya dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah manusia akan selamat di dunia dan di akhirat. 

Hadis daripada Anas bin Malik r.a.bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

"Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya iitu kitab Allah dan sunnahku". (Al-Muatta'- Imam Malik)

Ini bererti bahawa segala kerosakan dan gejala sosial yang berlaku pada hari ini adalah kerana manusia meninggalkan panduan yang telah dibawa oleh Rasulullah saw.
Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk membanteras kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.

Hadis daripada Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah mengubah dengan lisannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah mencegah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".  ( Riwayat Muslim )

Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa tugas dan tanggungjawab mencegah kemungkaran bukan hanya terletak di bahu pemerintah atau penguatkuasa semata-mata, sebaliknya ia menjadi tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Kita mesti memainkan peranan dengan sebaik-baiknya dalam usaha membanteras gejala sosial yang semakin bertambah parah dalam masyarakat kita hari ini.
Perkara utama yang harus ditekankan dalam usaha membanteras gejala sosial adalah dengan memberikan teguran dan nasihat yang baik kepada mereka yang terlibat dengan perkara-perkara kemungkaran. 

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam

 Surah An-Nahl ayat 125 ; 
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah".

Sememangnya memberi teguran dan nasihat kepada mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Apatah lagi latar belakang mereka yang kebanyakannya tidak mendapat pendidikan agama secukupnya samada daripada ibubapa ataupun institusi-institusi pendidikan. Maka tidak hairanlah apabila kita dapati ada dikalangan kita hari ini tidak tahu membezakan antara perkara yang hak dan yang batil, makruf dan mungkar. Bagi mereka, apa yang diinginkan hanyalah untuk keseronokan hidup mereka sahaja . Oleh kerana itu, kita sebagai umat yang mempunyai kesedaran agama ini tidak seharusnya membiarkan mereka terus hanyut dalam kesesatan. Mereka mesti ditegur, dinasihati dan dibimbing daripada terus melakukan kesalahan. Peranan ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam agar terlepas daripada laknat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam

Surah Al-Anfal ayat 25 ;
"Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya".

Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab membanteras gejala sosial yang berlaku di sekeliling kita adalah merupakan suatu tuntutan agama. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104 ;
"Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya".

Kita bersyukur kerana di negeri ini telah ada pegawai-pegawai penguatkuasa agama yang bertugas membanteras maksiat dan masalah-masalah sosial yang lain.
Maka kita sebagai umat yang prihatin, seharusnya sama-sama memberikan maklumat dan bantuan sepenuhnya agar usaha membanteras gejala sosial di kalangan masyarakat dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini kerana kita tidak boleh memandang dengan sebelah mata sahaja tentang masalah sosial yang berlaku. Malah kita juga tidak boleh hanya sekadar menunjukkan rasa simpati tanpa melakukan apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Di persekitaran kita, masih ada ancaman-ancaman akidah seperti ajaran yang mengelirukan dan sesat. Terdapat juga sebahagian orang Islam yang tidak melaksanakan solat Jumaat dan memandang ringan kewajipan solat.
Sebagai sebuah masyarakat muslim, setiap individu berkewajipan mengambil tahu dan membuat aduan sekiranya terdapat perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam kepada pihak berkuasa atau pegawai masjid untuk tindakan lanjut.
Kita bertanggungjawab untuk turut serta menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat. Kegagalan kita menunaikan tanggungjawab ini dibimbangi akan menyebabkan kita hilang kelayakan menjadi umat Rasulullah saw .

 Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;

"Sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan kaum muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam kalangan mereka". ( Riwayat Baihaqi )

Usaha membanteras gejala sosial tidak akan berakhir sekiranya tiada sebarang tindakan lanjutan dilakukan. Oleh itu, satu perkara yang amat penting juga untuk dilaksanakan adalah dengan memberikan pendedahan keagamaan yang secukupnya kepada mereka. Setiap individu dan organisasi dalam masyarakat harus memainkan peranannya masing-masing. Namun ia mestilah dilaksanakan secara bersepadu, ikhlas dan bertanggungjawab.
Bagi setiap individu muslim, mereka perlu menunjukkan tauladan yang baik dalam masyarakat samada dari sudut perbuatan mahupun perkataan. Perbuatan dan tingkahlaku kita mestilah bertepatan dengan syariat Islam. Imej dan akhlak Islam mestilah ditonjolkan sebagai sesuatu yang terbaik agar dapat menyaingi budaya mungkar yang sudah meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak remaja kita.

Pada hari ini kita dapati sebahagian ibubapa tidak dapat menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak mereka. Perkara ini sudah tentulah akan diikuti oleh anak-anak kerana mereka beranggapan tiada salahnya mereka mengikut perbuatan ibubapa mereka. Inilah antara tauladan yang tidak baik dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam selain merosakkan masa depan generasi muda hari ini.

Pergaulan bebas dan luar batasan Islam merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial di kalangan generasi muda pada hari ini. Oleh kerana itu, adab-adab pergaulan Islam perlu dipraktikkan samada dalam institusi keluarga, institusi pendidikan, premis pekerjaan, premis awam dan sebagainya sehingga ia menjadi satu budaya di dalam segenap lapisan masyarakat. Amalan ini pastinya akan menyumbang kepada perubahan tingkahlaku daripada yang buruk kepada yang lebih baik. 

Adalah menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam dan juga organisasi masyarakat seperti jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung atau taman, persatuan belia dan sebagainya supaya bersama-sama melaksanakan konsep amar makruf dan nahi munkar.

Ia merupakan perintah daripada Allah SWT dan  Rasulullah s.a.w.
"Orang kafir daripada Bani Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka antara satu sama lain tidak pernah mencegah tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah buruk apa Yang mereka telah lakukan".



 Penutup

Sebagai rumusan kaedah atau manhaj al-Quran dalam membaiki jiwa insan yang rosak adalah pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat perlindungan yang menggunakan kaedah al-Quran dalam merawat masalah sosial dalam kalangan pelatih remaja dilihat berjaya dalam membantu menangani remaja yang mempunyai masalah sosial. Kaedah utama iaitu merawat iman dan hati dianggap asas utama dalam memperbaiki jiwa manusia. Al-Quran mengemukakan pelbagai jalan penyelesaian bagi segala masalah yang dihadapi oleh manusia khususnya masalah jiwa. Pendekatan yang digunakan oleh pusat-pusat rawatan yang diambil daripada al-Quran membuktikan bahawa al-Quran mengemukakan sumber utama dalam penyelesaian masalah manusia. Pendekatan ibadah, taat, bi’ah salihah, qudwah hasanah,niat dan doa merupakan di antara pendekatan yang unik yang diambil melalui al-Quran. Justeru manusia hendaklah sentiasa kembali kepada al-Quran apabila menemui jalan buntu dalam merungkaikan kekusutan fikiran. AlQuran adalah sebaik-baik tempat rujukan manusia yang ingin kembali ke jalan yang benar.



   Rujukan

  
·         Fauziah Ibrahim et.al (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of Social Sciences and Humanities, vol. 7 (1), April 2012
·         Ibn Kathir (2008). Lubab al-Tafsir min Ibn Kathir. Terj. M. Abdul Ghoffar. Pustaka Imam Asy-Safi’i: Indonesia.

No comments:

Post a Comment