Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah
Jabatan Teknologi Makanan
DUA 2012
SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Peranan Al-Quran Dalam Mengatasi Kebejatan Sosial
Nama
Ahli Kumpulan :
Nur Hidayah
Binti Jafrul Fazli (02DMH18F1013)
Nor Nazurah
Najwa Binti Mohd Roshdi (02DMH18F1015)
Nur Fatini
Binti Roshadi (02DMH18F1016)
Syahidatul
Atiqah Binti Zailani (02DMH18F1017)
Nor Amirah
Sahirah Binti Hamdin (02DMH18F1018)
Wan Nur
Syaimaa Binti Wan Mat Zain (02DMH18F1027)
Isi kandungan
No.
|
Isi
kandungan
|
Muka
surat
|
1.
|
Penghargaan
|
1
|
2.
|
Pendahuluan
|
2-6
|
3.
|
Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi masalah pergaulan bebas Dalam Kalangan Remaja Pada Masa
Kini
|
7-9
|
4.
|
Langkah-langkah
yag boleh diambil bagi mengatasi masalah pergaulan bebas dalam kalangan
remaja pada masa kini
|
10-11
|
5.
|
Peranan
Al-Quran Dalam Mengatasi Kebejatan Sosial
|
12-15
|
6.
|
Penutup
|
16
|
7.
|
Rujukan
|
17
|
8.
|
Lampiran
|
Penghargaan
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh
kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan
tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Ustaz Fadhili Bin Muhamad , Pensyarah Matapelajaran Sains
Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA2012) di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu
yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama
yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan
kami menyiapkan tugasan yang di beri ini.Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk
merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina . Tidak lupa juga
penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi
fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.Begitulah jugaa
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami
sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling
pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada
kesenangan yang terus-menerus"
PENDAHULUAN
Apa punca kebejatan sosial yang berlaku d Malaysia hari
ini? Salah laku etika, adab dan akhlak bukan hanya di kalangan rakyat, malah
pemimpin. Bukan hanya di kalangan masyarakat bandar, malah masyarakat kampung.
Bukan sahaja di kalangan golongan bawahan serta kurang pendidikan, malah
golongan pertengahan, atasan serta golongan cerdik pandai. Persoalan in terus
bermain di kotak fikiran , masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita
hari ini seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan
antara ayah dengan anak-anak atau yang melibatkan adik beradik masih lagi
hangat diperbincangkan. Beberapa perkara penting mengenai aurat dalam rumah,
sama ada antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang
kurang dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh sebahagian ibu bapa. Hal ini
akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan sehingga berkembang biak, yang
dibimbangi jika tidak ditangani akan menjadi dahan pohon yang sukar untuk
dicantas lagi.
Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada
peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Perkara yang buruk
hendaklah dihindarkan agar ianya tidak member kesan buruk kepada kita. Justeru
itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa jua ruang
yang boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan.Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku hari ini
sebenarnya boleh dielakkan seandainya ibu bapa mengambil berat dan memahami
beberapa adab dan syariat yang telah disusun oleh Islam, yang melindungi aurat
dan maruah anak-anak juga ibu bapa itu sendiri.
Nabi SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah,
(suci bersih) kedua- dua ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, sama
ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majus . Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah
menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam
al-Quran atau melalui sunah Rasulullah SAW sendiri . Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan
membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada
sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah SWT.
Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke
bilik tidur ibu bapa. Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah SWT
dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:Wahai orang-orang yang
beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara
kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa iaitu
:
Sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian
kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak. Itulah tiga masa
bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah
bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu
keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan
yang lain . Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan
ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak
dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama
seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin .
Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana.
(An-Nur: 58-59)
Keimanan pula dengan makna yang mudah dan umum ialah
membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota
badan. Imam kebiasaannya menuntut untuk orang yang beriman menujukkan atau
mempersembahkan suatu pembuktian tanda iman yang berada didalam diri seseorang.
Ini sangat berkait rapat denganjatidiri seorang muslim. Maka, istilah
'kepercayaan' di dalam Rukun Negara yang pertama merupakan serendah-rendah darjat
dalam memperakui elemen Ke'tuhan'an tersebut. Maka apabila ditafsirkan Rukun
Iman dengan menggunakan istilah 'percaya' apada saya ia kurang tepat.
Adanya
Tuhan
Prinsip asas ini seolah mensyaratkan bahawa semua
warganegara Malaysia perlu beragama dan tiada tempat bagi mereka sekiranya
tidak beragama dan tidak mempercayai wujudnya Tuhan (athies). Mereka perlu ada
satu panduan beragama dalam menjalani kehidupan seharian. Antara agama utama di
Malaysia ialah Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan politisme/animisme . Apabila adanya pemikiran memperakui adanya Tuhan, maka
mereka secara tidak langsung memperakui adanya kuasa lain yang Maha Hebat yang
menguasai alam serta memberikan suatu panduan kehidupan. Perkara yang paling
asas ialah kepercayaan mereka akan adanya asas etika kehidupan yang perlu
mereka lakukan agar mendapat kebahagiaan hidup serta terhidar daripada
malapetaka dan kemarahan Tuhan . Bagaimana pemikiran setiap penganut agama dalam bagaimana
mereka memberi interpretasi terhadap simbol, bilangan, kuasa dan penjelmaan
tuhan bukanlah merupakan suatu isu utama. Ini kerana dalam Islam, setiap
manusia mempunyai hak dalam beragama (tanpa disertai di sini perbahasan yang
mendalam mengenainya). Ini jelas apa yang diterangkan di dalam surah al-Kafirun
dan beberapa ayat lain di dalam Al-Quran.
Prinsip
Kebaikan
Apabila adanya konsep pemikiran bahawa tuhan itu ada dan
wujud, serta ada ajaran yang diberikan oleh tuhan, maka asas semua agama ini
adalah menuju kebaikan. Tanpa mempersoal dan diperbincang secara terperinci
setiap ajaran agama, semua agama mengarah kepada kehidupan yang bahagia,
mengelak kerosakan dan menjauhi perkara yang buruk . Walaupun di dalam agama Islam terdapatnya hujjah atau
penjelasan kukuh yang pelbagai dalam menafikan hakikat kebaikan yang dibawa
oleh ajaran agama lain, namun dalam menyeimbangkan antara menjalankan seruan
terhadap pengabdian hanya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, dengan kebebasan
dalam beragama bagi mana-mana manusia, perlu diambil kira. Akhirnya kebaikan
itulah sebenarnya fitrah bagi kemanusiaan. Hanyasanya pemikiran dalam
memaksudkan tuhan itu berbeza.
Firman Allah SWT (Al-Mulk 67:10):
Firman Allah SWT (Al-‘Araf 7:179):
Imam al-Ghazali (2012) menyatakan akhlak yang paling utama
ialah kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu,
jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah,
keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan mempertahankan kebenaran, tidak
berundur apabila dicela dan tidak meninggi diri apabila dipuji. Dalam
pembangunan dan pembentukan akhlak pula, Imam al-Ghazali meletakkan lima faktor
yang boleh mempengaruhi akhlak seseorang iaitu, pembersihan jiwa, melawan hawa
nafsu, melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu yang bertentangan dengan
akhlak yang buruk dan pengawasan diri terhadap Allah .
Zarina dan Basirah (2012)
mengulas bahawa isi kandungan alQuran juga merupakan suatu cara untuk seseorang
memulihkan diri daripada sifat keji dan menggantikannya dengan sifat yang
terpuji. Terdapat beberapa metode pemulihan yang digariskan oleh al-Quran
antaranya yang ialah metode pencegahan dan pengawalan, pengubatan dan rawatan
serta bimbingan dan pembinaan. Arifin Mamat (2008) menkategorikan manusia
menurut al-Quran kepada muslimun, mu’minun, muttaqun, muhsinun, salihun,
sabirun, taibun dan mukhlisun. Berdasarkan ketegori ini al-Quran mempunyai
pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan menjadikan hidup manusia berjaya di
dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan oleh alQuran ialah
pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan, pemikiran dan ibadah
(Arifin Mamat, 2008). Melalui pendekatan fitrah dan keperluan, manusia percaya
kepada kewujudan Tuhan dan berkehendakkan kepada bantuan kuasa tertentu
terutamanya ketika dalam kesusahan.
Firman Allah SWT (Al-Fatihah 1: 5)
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah,
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Serta firmanNya lagi
(Al-Isra'17:67)
Maksudnya:
Dan apabila kamu
terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu)
makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan
kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah
manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah) . Kedua-dua ayat yang
mulia ini menjelaskan keperluan manusia untuk mempunyai Tuhan dan meminta
pertolongan dalam kesempitan hidup (Ibn Kathir 2008). Apabila fitrah manusia
dipenuhi maka pembentukan jiwa manusia menjadi lebih mudah kerana setiap
manusia dilahirkan atas fitrah.
Manakala pendekatan ilmu dan pendidikan adalah asas utama
yang ditekankan dalam penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW
bertujuan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kejahilan.
Firman
Allah SWT (Al-‘Alaq 96:1-5):
Maksudnya:
Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Melalui ilmu manusia akan dapat membezakan yang hak dan
yang batil seterusnya menggunakan daya intelek dan kebijaksanaan untuk meneroka
pelbagai ilmu yang bermanfaat (Arifin Mamat, 2008). Ilmu dan pendidikan juga
mampu menjadikan manusia lebih bertaqwa dan meningkatkan darjat mereka.
Firman
Allah SWT (Al-Mujadilah 58:11):
Maksudnya:
Wahai orang-orang
yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu
(untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan
(segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,
supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan
orangorang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa
darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang
kamu lakukan.
Menurut Ibn Kathir (2008) manusia tidak mengambil manfaat
daripada pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sebagai mekanisme
mendapatkan hidayahnya. Samalah seperti haiwan yang hanya menggunakan anggota
tubuh sebagai memenuhi keperluan hidup. Justeru al-Quran menyuruh manusia
supaya berfikir dan menggunakan kurniaan Allah SWT agar mereka dapat
menghindarkan diri daripada kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri
mereka sendiri. Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah
ibadah.
Imam al-Ghazali (2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya
jalan menuju Allah SWT. Dalam melaksanakannya, manusia akan berhadapan dengan
pelbagai penghalang yang menjadikan ia satu perjalanan yang panjang lagi
merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah untuk melatih diri manusia berakhlak
dengan akhlak mulia serta latihan untuk menenangkan jiwa. Ia perlu dibiasakan
dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku dan jiwa
seseorang. Ini adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan
haji ke atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan
yang ditetapkan, maka seorang Mukmin terdidik untuk mentaati Allah SWT, mematuhi
perintah-Nya, bersabar dalam kehidupan, bermujahadah menentang nafsu, berkasih
sayang sesama manusia serta saling bekerjasama. Firman-firman Allah SWT ini
menunjukkan kepentingan ibadah dalam membina jati diri yang kukuh.
Maksudnya:
Katakanlah:
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An’am
6:162)
Kesimpulannya ibadah
mampu membentuk personaliti insan yang baik dan akhlak terpuji yang bermatlamat
untuk membangun masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju dalam
kehidupan. Jelaslah bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik penyelesaian kepada
masalah manusia kerana ia mengemukakan solusi yang komprehensif.
·
Diri Remaja Sendiri
Semasa di peringkat
remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara
berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan
kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari
aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya
serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah
terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan
kepada diri sendiri.
Pada usia remaja juga
kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara
baru dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran
yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun
telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi. Seorang anak remaja sering
dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa
berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala
menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak
remaja terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak lain yang masih kecil.
Oleh itu remaja yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu
lain bagi mengisi kekosongan tersebut.
Pegangan agama dan amalan kerohanian yang
lemah juga adalah faktor penting yang mendorong remaja untuk terlibat dalam
pergaulan bebas. Kecenderungan untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa sempadan
jantina dan usia akan menyebabkan remaja terus hanyut dengan cara hidup yang
terbuka dan enggan menerima agama sebagai panduan hidup.
·
Pengaruh Media Sosial
Kemunculan media
sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada
pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja,
namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan
akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat
tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum
mampu untuk menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan
keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta
terlibat dalam pergaulan bebas.
- Keluarga
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar
terhadap perkembangan anak remaja. Remaja yang sering menerima tekanan dan
tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga sering memilih untuk keluar
dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu memberikan
kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan remaja merasai dirinya lengkap
bersama-sama dengan keluarga.
Kaedah penjagaan
anak-anak yang terlalu mudah menghukum atau pilih kasih akan menyebabkan remaja
memberontak serta memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga. Berbeza
dengan ibubapa yang cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk menjadi
rakan kepada anak mereka sendiri, akan mendapat kepercayaan daripada anak-anak
untuk menjadi tempat perluahan masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak
untuk bergaul rapat dengan orang lain yang tidak dikenali.
Konflik dalam keluarga
turut memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi
keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam
perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara
isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan
ahli keluarga menangani permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih selesa
untuk berada di luar rumah.
Kekurangan masa yang
diperuntukkan oleh ibubapa terhadap anak-anak remaja juga menyebabkan mereka
memilih untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario kehidupan hari ini
yang memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan lebih dari satu
pekerjaan serta pekerjaan jarak jauh mengurangkan lagi masa berkualiti yang
mampu diluangkan oleh ibubapa bersama dengan anak-anak.
·
Sekolah
Waktu persekolahan
memberikan impak besar dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari
sekurang-kurangnya 6 jam akan diperuntukkan oleh remaja di sekolah. Kaedah
pengajaran, kawalan disiplin serta persekitaran di sekolah amat menyumbang
kepada pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari
perlakuan negatif seperti ponteng sekolah dan pergaulan bebas. Namun begitu
dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta jati diri remaja sendiri
diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik dan yang buruk terutamanya
kerana pelajaran adalah jaminan untuk masa depan.
Selain itu pihak
sekolah yang gagal memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang telah
dikenalpasti bermasalah dalam pelajaran serta kelakuan menyebabkan golongan
remaja ini terpinggir dan tiada bimbingan. Hubungan rapat di antara pihak
sekolah dan ibubapa seharusnya menjadi kekuatan untuk menangani pelajar yang
bermasalah agar pelajar mencari penyelesaian di dalam dua sistem sokongan ini
sahaja dan bukannya mencari individu lain sebagai jalan keluar.
·
Rakan Sebaya
Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta
mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan
sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering berjaya mempengaruhi
rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi
dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama menyebabkan remaja
merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan
penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu.
Sebagai anak remaja
yang kebanyakannya gemar berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati
mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam kumpulan.
Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh
rakan-rakan. Oleh yang demikian walaupun adakalanya mereka telah mengetahui
keburukan perlakuan tersebut namun remaja masih melakukannya kerana ingin
mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan.
Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Mengatasi
Masalah Pergaulan Bebas Di Kalangan Remaja Sekolah.
·
Hubungan Berkualiti Di Antara Remaja, Keluarga Dan Guru
Remaja perlu
mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak
untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan
mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja
amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga
dan guru-guru. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih
untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak memerlukan individu lain
bagi mengisi kekosongan emosinya.
·
Memilih Rakan
Sesuai dengan sifat
ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan
mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah
penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk
menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak
remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar
nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam
kehidupan.
Rakan yang tidak baik
pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta tidak
mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan
memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta
sering mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
·
Elakkan Berpasangan
Pada peringkat remaja,
perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara tidak
langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu
difahami oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran
bagi memastikan peluang yang lebih baik di masa hadapan.
Sebagai individu yang
masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar dalam
satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan
menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut,
sekaligus mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga
hubungan tersebut sampai ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti
hubungan seks luar nikah serta mengandung.
·
Penyediaan Jadual Waktu
Mengatur masa dengan
baik merupakan kunci kepada kejayaan. Tidak kira samada individu tersebut masih
di peringkat bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa pembahagian masa sangat
membantu kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan emosi.
Remaja yang dapat mengatur masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara
yang penting dan mengenepikan perkara-perkara yang kurang penting.
Pengaturan masa secara
bertulis dapat memastikan remaja mengenalpasti adakah aktiviti yang dijalankan
setiap hari berfaedah atau tidak serta jangkamasa yang diambil untuk setiap
aktiviti tersebut. Secara tidak langsung remaja akan mengetahui apakah
aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan tidak kira samada di hari
persekolahan atau hari cuti, dan akhirnya mengeluarkan aktiviti yang tidak
berfaedah daripada jadual waktu tersebut.
·
Kawalan Terhadap Media Sosial
Aspek ini memerlukan
kerjasama yang padu di antara remaja sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat
serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada
hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada
pengetahuan remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis
sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan
untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian, kawalan
terhadap maklumat yang boleh diakses oleh remaja amat perlu. Sebagai ibubapa
dan guru, peranan sebagai individu yang terdekat dengan remaja perlu digunakan
sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk menjauhi
portal-portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi.
Peranan
Al-Quran Dalam Mengatasi Kebejatan Sosial
Segala
langkah-langkah diatas berkait rapat dengan pengamalan dalam kehidupan seharian
. Hal ini , telah dinyatakan dalam Al-Quran tentang pelbagai perkara yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan umat islam .
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti
Sains Islam Malaysia, Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, statistik
yang ditunjukkan mengingatkan kita akan fenomena zina dan kebejatan sosial yang
pernah dilalui di zaman jahiliah.
Bagaimanapun, Ahmad Sanusi berkata keadaan itu berjaya diubah
oleh Rasulullah SAW setelah datangnya Islam dengan menekankan aspek memelihara
kesucian diri seperti yang ditekankan al-Quran dan hadis.
“Dalam membendung isu ini, al-Quran menekankan setiap individu
harus mengawal diri dan nafsu dengan menundukkan pandangan dan berpakaian
menutup aurat selain hadis menggalakkan seseorang mengawal nafsu dengan
berpuasa serta memilih kawan yang baik. “Kita semua maklum bahawa dalam tempoh
inilah golongan remaja mempunyai keinginan yang tinggi. Oleh itu, penceritaan
kisah-kisah sahabat yang baik barangkali dapat membantu membina kerangka
pemikiran remaja yang boleh mengawal nafsu mereka,” ujarnya Ahmad Sanusi
berpandangan bahawa ibu bapa perlu lebih terbuka daripada melarang anak-anak
untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda bagi mengelakkan masalah
sosial.
Sesungguhnya
Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan panduan kepada umat manusia dalam semua
aspek kehidupan samada yang berkaitan dengan akidah, ibadah, muamalah mahupun
akhlak dan adab sesama manusia. Hanya dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
manusia akan selamat di dunia dan di akhirat.
Hadis daripada Anas bin Malik
r.a.bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Aku tinggalkan kepada kamu
semua dua perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya iitu kitab Allah dan
sunnahku". (Al-Muatta'- Imam Malik)
Ini
bererti bahawa segala kerosakan dan gejala sosial yang berlaku pada hari ini
adalah kerana manusia meninggalkan panduan yang telah dibawa oleh Rasulullah
saw.
Sebagai
umat Islam, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk membanteras
kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.
Hadis
daripada Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa di kalangan kamu
yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya,
sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah mengubah dengan lisannya, sekiranya
tidak mampu maka hendaklah mencegah dengan hatinya, yang demikian itu adalah
selemah-lemah iman". ( Riwayat Muslim )
Berdasarkan
hadis tersebut jelaslah bahawa tugas dan tanggungjawab mencegah kemungkaran
bukan hanya terletak di bahu pemerintah atau penguatkuasa semata-mata,
sebaliknya ia menjadi tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Kita mesti
memainkan peranan dengan sebaik-baiknya dalam usaha membanteras gejala sosial
yang semakin bertambah parah dalam masyarakat kita hari ini.
Perkara
utama yang harus ditekankan dalam usaha membanteras gejala sosial adalah dengan
memberikan teguran dan nasihat yang baik kepada mereka yang terlibat dengan
perkara-perkara kemungkaran.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam
Surah An-Nahl ayat 125 ;
"Serulah ke jalan Tuhanmu
(wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang
mendapat hidayah".
Sememangnya
memberi teguran dan nasihat kepada mereka yang terlibat dengan masalah sosial
ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Apatah lagi latar belakang mereka yang
kebanyakannya tidak mendapat pendidikan agama secukupnya samada daripada
ibubapa ataupun institusi-institusi pendidikan. Maka tidak hairanlah apabila
kita dapati ada dikalangan kita hari ini tidak tahu membezakan antara perkara
yang hak dan yang batil, makruf dan mungkar. Bagi mereka, apa yang diinginkan
hanyalah untuk keseronokan hidup mereka sahaja . Oleh
kerana itu, kita sebagai umat yang mempunyai kesedaran agama ini tidak
seharusnya membiarkan mereka terus hanyut dalam kesesatan. Mereka mesti
ditegur, dinasihati dan dibimbing daripada terus melakukan kesalahan. Peranan
ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam agar terlepas daripada laknat
Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam
Surah Al-Anfal ayat 25 ;
"Dan peliharalah diri kamu
daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan
menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa
kamu secara umum). Ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya".
Sesungguhnya
tugas dan tanggungjawab membanteras gejala sosial yang berlaku di sekeliling
kita adalah merupakan suatu tuntutan agama. Ini berdasarkan firman Allah SWT
dalam surah Ali Imran ayat
104 ;
"Hendaklah ada antara kamu
satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala
perkara yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang
yang berjaya".
Kita
bersyukur kerana di negeri ini telah ada pegawai-pegawai penguatkuasa agama
yang bertugas membanteras maksiat dan masalah-masalah sosial yang lain.
Maka
kita sebagai umat yang prihatin, seharusnya sama-sama memberikan maklumat dan
bantuan sepenuhnya agar usaha membanteras gejala sosial di kalangan masyarakat
dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini kerana kita tidak boleh memandang
dengan sebelah mata sahaja tentang masalah sosial yang berlaku. Malah kita juga
tidak boleh hanya sekadar menunjukkan rasa simpati tanpa melakukan apa-apa
tindakan yang sewajarnya.
Di
persekitaran kita, masih ada ancaman-ancaman akidah seperti ajaran yang
mengelirukan dan sesat. Terdapat juga sebahagian orang Islam yang tidak
melaksanakan solat Jumaat dan memandang ringan kewajipan solat.
Sebagai
sebuah masyarakat muslim, setiap individu berkewajipan mengambil tahu dan
membuat aduan sekiranya terdapat perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam
kepada pihak berkuasa atau pegawai masjid untuk tindakan lanjut.
Kita
bertanggungjawab untuk turut serta menyelesaikan masalah yang berlaku dalam
masyarakat. Kegagalan kita menunaikan tanggungjawab ini dibimbangi akan
menyebabkan kita hilang kelayakan menjadi umat Rasulullah saw .
Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w;
"Sesiapa yang tidak
mengambil berat akan urusan kaum muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam
kalangan mereka". ( Riwayat Baihaqi )
Usaha
membanteras gejala sosial tidak akan berakhir sekiranya tiada sebarang tindakan
lanjutan dilakukan. Oleh itu, satu perkara yang amat penting juga untuk
dilaksanakan adalah dengan memberikan pendedahan keagamaan yang secukupnya
kepada mereka. Setiap individu dan organisasi dalam masyarakat harus memainkan
peranannya masing-masing. Namun ia mestilah dilaksanakan secara bersepadu,
ikhlas dan bertanggungjawab.
Bagi
setiap individu muslim, mereka perlu menunjukkan tauladan yang baik dalam
masyarakat samada dari sudut perbuatan mahupun perkataan. Perbuatan dan
tingkahlaku kita mestilah bertepatan dengan syariat Islam. Imej dan akhlak
Islam mestilah ditonjolkan sebagai sesuatu yang terbaik agar dapat menyaingi
budaya mungkar yang sudah meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak remaja kita.
Pada
hari ini kita dapati sebahagian ibubapa tidak dapat menunjukkan tauladan yang
baik kepada anak-anak mereka. Perkara ini sudah tentulah akan diikuti oleh
anak-anak kerana mereka beranggapan tiada salahnya mereka mengikut perbuatan
ibubapa mereka. Inilah antara tauladan yang tidak baik dan boleh mencemarkan
kesucian agama Islam selain merosakkan masa depan generasi muda hari ini.
Pergaulan
bebas dan luar batasan Islam merupakan salah satu punca berlakunya gejala
sosial di kalangan generasi muda pada hari ini. Oleh kerana itu, adab-adab
pergaulan Islam perlu dipraktikkan samada dalam institusi keluarga, institusi
pendidikan, premis pekerjaan, premis awam dan sebagainya sehingga ia menjadi
satu budaya di dalam segenap lapisan masyarakat. Amalan ini pastinya akan menyumbang
kepada perubahan tingkahlaku daripada yang buruk kepada yang lebih baik.
Adalah
menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam dan juga organisasi masyarakat seperti
jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung atau taman, persatuan belia dan
sebagainya supaya bersama-sama melaksanakan konsep amar makruf dan nahi munkar.
Ia merupakan perintah daripada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w.
"Orang kafir daripada Bani
Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam.
Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka
antara satu sama lain tidak pernah mencegah tindakan mungkar yang mereka
lakukan. Sesungguhnya amatlah buruk apa Yang mereka telah lakukan".
Penutup
Sebagai rumusan kaedah atau manhaj al-Quran dalam membaiki jiwa
insan yang rosak adalah pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat perlindungan
yang menggunakan kaedah al-Quran dalam merawat masalah sosial dalam kalangan
pelatih remaja dilihat berjaya dalam membantu menangani remaja yang mempunyai
masalah sosial. Kaedah utama iaitu merawat iman dan hati dianggap asas utama
dalam memperbaiki jiwa manusia. Al-Quran mengemukakan pelbagai jalan
penyelesaian bagi segala masalah yang dihadapi oleh manusia khususnya masalah
jiwa. Pendekatan yang digunakan oleh pusat-pusat rawatan yang diambil daripada
al-Quran membuktikan bahawa al-Quran mengemukakan sumber utama dalam
penyelesaian masalah manusia. Pendekatan ibadah, taat, bi’ah salihah, qudwah
hasanah,niat dan doa merupakan di antara pendekatan yang unik yang diambil
melalui al-Quran. Justeru manusia hendaklah sentiasa kembali kepada al-Quran
apabila menemui jalan buntu dalam merungkaikan kekusutan fikiran. AlQuran
adalah sebaik-baik tempat rujukan manusia yang ingin kembali ke jalan yang
benar.
·
Fauziah Ibrahim et.al (2012). Memperkasakan
Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah
Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of Social Sciences and Humanities,
vol. 7 (1), April 2012
·
Ibn Kathir (2008). Lubab al-Tafsir min Ibn
Kathir. Terj. M. Abdul Ghoffar. Pustaka Imam Asy-Safi’i: Indonesia.





